Lotte Giants
Lotte Giants

Lotte Giants

Lotte Giants (Korea: 롯데 자이언츠code: ko is deprecated ) merupakan pasukan besbol profesional Korea Selatan yang berpusat di Busan. Pasukan ini merupakan anggota KBO League. Lotte Giants dimiliki oleh Lotte Corporation yang juga merupakan pemilik bagi pasukan Chiba Lotte Marines di Nippon Professional Baseball.Dari tahun 1982 sehingga 1986, pasukan ini telah beraksi di Stadium Besbol Gudeok sebelum mereka berpindah ke Stadium Besbol Sajik. Pasukan ini telah menjuarai Korean Series sebanyak dua kali iaitu pada 1984 dan 1992. Pasukan ini telah menarik 1.38 juta penonton semasa musim 2009 sekali gus menghasilkan rekod kehadiran teramai pada sesebuah musim dalam mana-mana liga sukan di Korea Selatan. Pasukan ini sering digelar Busan Seagulls (Korea: 부산 갈매기code: ko is deprecated ) kerana burung rasmi bandar Busan ialah burung camar dan lagu sorakan utama ialah "Busan Seagulls" oleh Moon Seung-jae.[2]